Week 3 : 24 Februari 2014
Dr. Jamal telah memberi peluang kepada kami untuk meminjam kamera DSLR sebagai latihan dan praktikal agar kami lebih memahami cara penggunaan kamera DSLR. En. Mohd Puaat Bin Ahmad jurulatih fotografi UTM telah menguruskan peminjaman kamera tersebut. Semasa sesi field trip akan datang En. Puaat akan memberi panduan cara penggunaan kamera DSLR. Kamera yang dipinjamkan adalah kamera berjenama Nikon model D3000.
Kepada penggemar kamera DSLR dan aksesori, Dr. Jamal telah memperkenalkan laman web di bawah. Di pautan bawah, terdapat pelbagai kamera, gajet dan aksesori yang dijual dengan harga berpatutan.
http://yamiya.com.my/store/
http://ylcamera.com.my/
http://shashinki.com/shop/
http://yamiya.com.my/store/
http://ylcamera.com.my/
http://shashinki.com/shop/
Selain dari saiz yang pelbagai, SD Card juga mempunyai 3 jenis format yang berlainan iaitu SDSC, SDHC dan SDXC. Perbezaan diantara ketiga-tiga jenis kad ini adalah disebabkan setiap SD Card ini boleh menampung kapasiti data yang berlainan. Berikut adalah maklumat lanjut untuk setiap format SD Card ini:
SDSC – Secure Digital Standard Capacity (maks. 4 GB)
SDHC – Secure Digital High Capacity (4 GB – 32 GB)
SDXC – Secure Digital eXtended Capacity (32 GB – 2 TB)
Memory card adalah satu produk yang amat berkait rapat dengan perkembangan teknologi digital. Maka, ianya selalu berubah dan diperbaharui dari masa ke semasa. Yang ada perkataan C10 seperti dalam gambar C di bawah menunjukkan kualiti kad memori. Lagi besar nombornya maka lagi bagus kualiti gambarnya. Yang bernombor 10 sesuai untuk merekod video.
SDSC – Secure Digital Standard Capacity (maks. 4 GB)
SDHC – Secure Digital High Capacity (4 GB – 32 GB)
SDXC – Secure Digital eXtended Capacity (32 GB – 2 TB)
Memory card adalah satu produk yang amat berkait rapat dengan perkembangan teknologi digital. Maka, ianya selalu berubah dan diperbaharui dari masa ke semasa. Yang ada perkataan C10 seperti dalam gambar C di bawah menunjukkan kualiti kad memori. Lagi besar nombornya maka lagi bagus kualiti gambarnya. Yang bernombor 10 sesuai untuk merekod video.
Gambar C : Memori kad
Video A : Cara menggunakan manual mode dengan kamera DSLR
|
Berikut adalah penerangan kod manual pada kamera (P,S,A,M):
P = Program, jika kita pilih P pada setting kamera, maknanya aperture dan shutter speed akan diberikan secara auto oleh kamera. ISO kita boleh kawal dan tetapkan ikut kemahuan kita. S = Shutter Priority, jika kita pilih S, kita yang tentukan sendiri shutter speed yang kita mahukan dan kamera akan tolong pilihkan aperture yang sesuai secara auto. Setting ini sesuai digunakan untuk memberhentikan subjek yang bergerak pantas seperti kereta yang sedang bergerak. Nak dapatkan ‘motion blur pun boleh pilih S ni menggunakan slow shutter. A = Aperture Priority, setting ini kita boleh pilih jika kita mahu mendapatkan kesan yang kita mahukan seperti latar belakang yang kabur,blur/bokeh. Kamera pula akan memberikan shutter speed yang sesuai berdasarkan aperture yang kita telah pilih tadi. M = Manual, jika kita pilih M, kitalah raja!…Sebabnya kita yang menentukan shutter speed, aperture, ISO dan macam-macam lagi. Apa yang kita mahu, kita yang tentukan. Kamera hanya menunggu kita menekan shutter button saja :) AUTO (hijau), ini pula amat sesuai jika kita baru mengenali kamera. Pilih saja AUTO. Kamera akan berikan segala bacaan secara auto. Kita tak perlu risau gambar tetap akan jadi! |
Apakah ISO?
ISO sebenarnya merujuk kepada sejauh mana sensitifnya sesuatu film itu terhadap cahaya. Semakin besar nombor ISO yang dipaparkan semakin sensitiflah ia terhadap cahaya dan semakin banyak grain (noise) pada image yang di'capture'.
Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil grain yang di'capture'
Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil grain yang di'capture'
Apakah White Balance?
White Balance adalah berkait rapat dengan suhu warna. Tujuan untuk setting white Balance / imbangan putih adalah untuk membetulkan gambar foto seperti warna kulit nampak pucat, tidak natural, nampak kuning-kuningan. Oleh itu, white Balance diperlukan untuk mendapatkan warna tru color pada hasil foto.
Bagaimana hendak lakukan custom White Balance?
Untuk kamera digital kompak (compact digital camera), biasanya mode-mode telah tersedia dan anda hanya perlu pilih pada menu kamera anda mengikut suasana di sekeliling anda. Contoh yang anda boleh jumpa di dalam menu kamera anda adalah seperti,
Untuk kamera digital kompak (compact digital camera), biasanya mode-mode telah tersedia dan anda hanya perlu pilih pada menu kamera anda mengikut suasana di sekeliling anda. Contoh yang anda boleh jumpa di dalam menu kamera anda adalah seperti,
- Auto – Kamera anda akan memilih setting white balance terbaik untuk anda. Harus diingat yang tidak semua tafsiran kamera anda akan tepat.
- Tungsten - Mode ini biasanya dilambangkan dengan mentol kecil dan untuk tangkapan di dalam bilik, terutamanya di bawah tungsten (lampu pijar).
- Fluorescent (Kalimantang) – Mode ini biasanya untuk tangkapan di bawah lampu kalimantang.
- Daylight / Sunny (Siang) – Suasana siang di luar rumah dengan kehadiran cahaya matahari.
- Cloudy (Mendung) – Suasana yang kelihatan berawan dan mendung.
- Flash – Mode ini dipilih sekiranya anda menggunakan lampu flash untuk tangkapan gambar anda.
- Shade (Bayang / Teduh) – Pilih mode ini sekiranya anda mengambil gambar di bawah bayang-bayang atau di tempat yang teduh.
Cara Penjagaan lensa, gajet dan aksesori kamera
Video B: Cara memasang lensa pada badan kamera
|
Disebabkan kamera DSLR adalah kamera pinjam dari UTM. Jadi saya perlu mencari cara penjagaan kamera DSLR yang betul agar kamera ini tidak rosak. Tak pasal-pasal saya kena ganti balik. Lensa merupakan bahagian kamera yang paling sensitif jadi penjagaan perlu ditumpukan pada lensa. Untuk menjaga lensa pastikan cap jari tidak kena pada lensa. Untuk melindungi lensa perlu dipakai penutup (Front Cap). Bila nak guna baru buka dan lepas dah habis guna tutup balik. Ada baiknya juga semasa membuat shooting dipakai Lens Hood agar melindungi lensa dari cahaya matahari. Sebagai perlindungan ada baiknya juga dipasang filter agar memastikan segala bentuk kemalangan atau perlanggaran terkena pada filter dahulu sebelum terkena pada lensa. Filter juga baik digunakan kerana iainya menapis habuk dan dapat mencegah dari berlaku fungus pada lensa. Untuk keterangan lanjut boleh lihat pautan ini http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-2-lens.html
Selain itu cara memasang dan membuka lensa DSLR dengan cara betul juga penting. (Boleh lihat video disebelah) dan pautan ini untuk keterangan lanjut http://belfot.com/tips-cara-mengganti-lensa-slr-secara-aman-cepat/ |
Kerjarumah
Sebelum mengakhiri kuliah Dr. Jamal telah menyuruh kami melakukan latihan pada bahagian Challenge dalam laman web http://www.canonoutsideofauto.ca/ kemudian membuat refleksi tentang latihan tersebut. Refleksi latihan ini boleh lihat dalam Aktiviti 2