Week 2 : 17 Februari 2014
Pada hari ini, merupakan pembentangan untuk tajuk :
1. General issue (types of camera)
2. Digital SLR
3. DSLR brands (Nikon vs Canon)
Ada beberapa orang pelajar yang sukarela untuk memberi pembentangan. Penerangan tentang slaid saya terdapat dalam pautan Aktiviti 1
Selepas pembentangan pelajar-pelajar Dr. Jamal meneruskan sesi kuliah dengan memberi penerangan asas fotografi seperti jenis kamera, cara untuk memilih kamera digital, kamera setting dan mod, kad memori kamera dan fail format. Dr Jamal juga menjelaskan cara penjagaan kamera yang betul dan cara memegang kamera betul.

Bila bercakap tentang jenis kamera teringat saya kamera analog saya yang pertama saya yang dihadiahkan oleh ayah saya kerana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Nama kamera tersebut adalah kamera Canon model prima BF-90. Walaupun kamera ini sudah lama tapi masih boleh berfungsi dengan baik. Cuma tinggal nak beli kamera roll seperti dalam gambar A, kalau masih lagi wujud kamera roll di kedai gambar.
Gambar A : Kamera roll untuk kamera analog
Kamera kedua saya adalah kamera digital yang berjenama Sony. Kamera ini saya beli di kedai outlet Sony di Jusco Tebrau pada tahun 2008. Rupanya seperti kamera DSLR tetapi ianya kamera semi profesional yang tidak boleh ditukar lensa. Setelah menjadi pengguna kamera Sony selama 4 tahun, saya menyedari yang kamera ini banyak kekurangan terutama pada kualiti gambar. Ianya tak sebaik Nikon atau Canon.
Walaubagaimanapun kamera ini sudah pun rosak pada dua tahun lepas. Saya telah menghantar ke Sony Service dan mereka mengatakan perlu menggantikan IC yang berharga RM700. Kemudian saya membuat keputusan untuk tidak membaikinya kerana lebih baik saya beli kamera compact yang baru.
Setelah disimpan dalam stor sekian lama akhirnya saya dapat jumpa balik kamera ini dan apabila dibelek-belek semula kelihatan lensa sudah pun masuk fungus.

Kamera lensa memang sensitif jadi perlu dijaga dengan baik. Jadi pengguna kamera perlu berhati-hati agar tidak menyentuh lensa, terludah (boleh berlaku dengan tidak sengaja semasa bercakap-cakap), atau menghala lensa ke arah cahaya matahari dan lain-lain. Kamera yang mempunyai megapixel yang tinggi tidak semestinya mempunyai kualiti gambar yang baik. Yang penting adalah saiz kamera sensor (CMOS-CCD).
Terdapat tiga jenis kamera yang perlu diambil perhatian :
1. Point and shoot
2. Mirrorless Interchangeble Lens
3. DSLR
Kamera point and shoot adalah kamera compact yang biasa dibeli oleh kebanyakkan orang kerana kos yang rendah, ringan, kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Terdapat pelbagai jenama yang boleh dipilih di pasaran seperti Olympus, Sony, Canon dll. Menggunakan kamera jenis ini memng senang kerana tidak perlu untuk setting apa-apa pada kamera. Ianya akan dilakukan secara automatik oleh kamera. Contoh kamera point and shoot seperti dibawah.

Gambar D : Jenis-jenis kamera point and shoot
Kamera Mirror-less Interchangeable Lens adalah sejenis kamera yang berada dalam kedudukan antara point and shoot dan DSLR. Untuk memberi kefahaman kepada kelas, Dr Jamal membawa kamera jenis Sony Nex Alpha dan membuka lensanya dari badan kamera. Apabila dilihat di dalam kelihatan tiada cermin untuk memantulkan cahaya gambar. Jadi disebabkan itu kamera tersebut merupakan dalam kategori kamera Mirrorless Interchangeble Lens. Kamera jenis ini hanya menggunakan skrin LCD atau electronic viewfinder untuk melihat scene tersebut. Dibawah adalah perbandingan antara kamera Mirror-less Interchangeable Lens dengan kamera biasa yang mempunyai cermin untuk memantulkan cahaya.
Kamera DSLR adalah sejenis kamera yang boleh ditukar-tukar lensa. Kebiasaannya kamera ini harganya agak mahal dan sesuai digunakan oleh jurugambar profesional. Pada kamera DSLR seperti gambar F, reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.
Sebelum mengakhiri kelas, Dr Jamal rekomen kepada pelajar-pelajar untuk melawati laman web www.snapsort.com supaya membantu kepada sesiapa yang mempunyai hajat membeli kamera boleh memilih mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.